Adab cara Islam dalam Share informasi…
Selalu saya dapat komen minta izin untuk share artikel saya ke tempat lain, memang ada butang Share disediakan FB bermakna saya izinkan, dan jika nak ke medium lain macam Whatsapp boleh bagi sumber link saya, mention nama saya kerana biar orang tahu siapa yang tulis.
Ini bukan isu riak, tapi adab dalam menyebarkan ilmu, kita kena bagitahu sumber, yang mana jika ilmu saya itu salah, orang tahu itu dari saya maka teguran dapat dibuat kepada saya, maka dapatlah saya belajar ilmu baru yang betul, atau ilmu saya itu betul dan dapat pula korang belajar ilmu yang betul maka korang pulak yang dapat diperbetul, tertakluk pada mana mana yang betul-he he.
Sebab tu saya suka pesan dalam kelas penulisan saya,
Jangan takut salah tulis, sebab jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah.
Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!
Baik dalam kita nak share artikel, Islam dah ajar kena buat tiga perkara:
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43
3. Rujuk Hadis Muslim no 47-
Ok, sempena saya rajin bukak kitab, saya detailkan lagi.
1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”
3. Rujuk Hadis Muslim no 47 yang berbunyi “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”
Jadi, senang cerita, cara sebelum korang nak respon secara viral sewaktu berhadapan dengan sesuatu isu kontoversi dalam masyakarat terutama berkenaan agama islam, maka suka saya menyeru secara bahasa mudahnya agar korang semua sempat buat tiga perkara, iaitu.
1. Siasat dan kaji.
2. Tanya pada pakar
3. Jika malas nak siasat, malas nak tanya pakar, lebih baik diam!
Maka si sini, jika ragu ragu, tak payah nak viral sana sini sebab jika kita sebarkan fitnah, maka dosanya sangat besar sekali, tak perlu kot saya cerita tentang azab api neraka secara detail sebab korang semua dah belajar bab azab api neraka sewaktu sekolah rendah.
Maka kerana itulah, dalam blog kereta mayat, atau buku Keretamayat, atau Facebook keretamayat saya tak tulis semua isu, sebab jika saya sendiri masih ragu ragu dengan kasahihan sesuatu berita, maka saya memilih untuk diam kerana diam adalah sunnah.
Kerana itu dalam FB ini tak ada cerita teori konspirasi, tak ada jual product ubat-ubatan yang belum terbukti kebekersanannya, tak ada paksa korang suruh percaya pada psedosceince dan lain-lain.
Bab saya sokong vaksin misalnya, memang saya kaji dan baca dan bertanya pada doctor pakar, sebab tu saya berani tulis bahawa saya menyokong vaksin dan dari kajian saya, vaksin anak kita tak bertentangan dengan akidah. InsyaAllah, Jakim pun letak hokum harus, dan Penguasa Mekkah pun wajibkan vaksin sebelum ke tanah suci. Kini di Facebook, dah ramai doctor pakar yang lebih tahu ilmu ini dan dedahkan kebaikkan vaksin secara saintific dalam status mereka. Alhamdulillah.
Bab Konspirasi, yang boleh di tulis oleh semua orang? Buat apa saya nak percaya? Maka saya tak tulis sebab menfitnah orang islam atau orang bukan islam dengan tuduhan yang mereka tidak lakukan adalah dosa, sebab itu tiada cerita berkenaan teori Konspirasi oleh saya, malahan saya pernah buat buku bantah semua Kospirasi berjudul MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA!
Pesan saya, jika anda nak jadi Seorang penulis, memang tak boleh tulis tanpa kaji sesuatu berita terlebih dahulu, atau tanpa tanya pada yang pakar, sebab kaji dan tanya adalah Sunnah untuk setiap orang islam dalam menilai berita, jika malas nak kaji dan tanya, maka diam adalah lebih baik, jangan tekan butang share dekat Facebook sebelum korang beramal dengan surah Al hujarat dan al Nahl.
Baca lima artikel berkaitan sebelum kita tulis sesuatu isu.
Namun yang paling saya tak tahan, jenis orang yang share artikel saya dan ubah jadi artikel mereka sendiri, ini mencuri namanya, lepas tu jual produk seks pulak? Adohai..
Sungguh saya tak benarkan article saya dijadikan copywriting sesuatu produk tanpa kebenaran dari saya, maka untuk atasi masalah ini, jika korang benar benar perlukan cerita gempak untuk copywriting, ada orang ambik RM150 satu artikel, saya tak buat bisnes begitu tapi ada kawan saya buat.
Tapi katanya, sebelum cerita pasal copywriting, ada ilmu lebih penting iaitu Headline!
Sekarang dia jual buku cerita 500 Template Headline yang korang boleh ubah jadi hak korang, lepas tu dia bagi lagi 1000 Contoh Ayat Headline sebagai rujukan bagi memudahkan anda menghasilkan ayat headline yang sesuai.
Kata beliau: “Kita tidak dapat menjual atau menyampaikan sesuatu sebab kita gagal meletakkan ayat pertama untuk menarik pembaca teruskan membaca. Sebab tu orang putih selalu sebut, “First Impression”. Jika kita buat pertama kali dapat buat pembaca berhenti membaca, dah tak perlu risau lagi sebab mereka akan terus mencari dan habiskan bacaan. Kerana kelemahan ramai orang untuk menghasilkan Headline/Tajuk ini lah membuatkan saya rasa saya perlu keluarkan semua rahsia headline yang saya gunakan selama ini”
Panjang cerita saya pendekkan, jika korang berminat nak beli Headline daa guna secara halal, klik sini:
https://bukulali.onpay.my/order/form/BKH/Hamka
Akhir kata, dah ada Healine yang bagus, tapi sebelum nak viral apa apa berita, jangan lupa rujuk Surah Al hujarat ayat 6 suruh kaji berita, Surah An-Nahl ayat 43 suruh tanya pakar, dan Hadis Muslim no 47 suruh diam jika tak tahu. Jika korang abaikan pesanan ini, hmmmm, meranalah korang di neraka berpelukkan dengan Firaun Laknatullah menggelumpur di azap api neraka kerana dosa fitnah ini besar sekali!
Take note!
(update; Buku Menangkap Dajjal sudah habis, harap maklum)
https://bukulali.onpay.my/order/form/BKH/Hamka